Sunday, February 17, 2008

Menjelang PRU12...

Sejak parlimen dibubarkan pada 13 Feb, saya menjangkakan perang poster yang hangat saperti semasa menghadapi pilihan raya pilihan raya yang lalu. Namun sehingga kini keadaan dilihat lesu dan tak bermaya. Mungkinkah kerana nama2 calon belum diistiharkan lagi. Atau peruntukan yang terhad kerana harga barang yang melambung naik.

Dari Pasir Puteh ke Kota Bharu kemeriahan hanya terasa dari Peringat ke Kubang Kerian. Sehingga kini warna biru melebihi bulan purnama.Masakan tidak, peruntukan PPRT habis dibeli bendera!!

Di persipangan Pasir Tumboh, bulan purnama megah berkibar. Untuk renungan dan panduan memilih pemimpin bacalah petikan dari : http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati rakyat Malaysia supaya berfikir dengan penuh hikmah sebelum mengundi BN dalam PRU12. Kata Tun Mahathir, sekiranya calon itu hanya “tunggul kayu” dan rasuah “rakyat tidak sepatutnya mengundi mereka sekalipun mereka mewakili BN.”



No comments: