Monday, June 30, 2008

Saiful Bukhari

Sekelip mata Saiful Bukhari jadi popular....kalau nak berkenalan lebih lanjut dengan nya klik disini.

Wahai anak-anak ku sekalian,tumpukan perhatian pada pelajaran dahulu. Tiada jalan mudah untuk berjaya.

The re-branding of Malaysia....Liwat-gate To The Fore


The re-branding of Malaysia....Liwat-gate To The Fore
PDF Print E-mail
Posted by Vineeth Menon

The comments below is written by ez24get in responce to the above tittle in M2day

Today, Najib said the picture of Anwar's former aide Saiful with his (Najib's) official Khairil Annas Jusoh at the deputy prime minister's office, which was featured in numerous blogs, was taken three months ago when the aide went to his office to seek a government scholarship.

If one looks at the answers given by Najib, the following begs even more questions:

1.Saiful dropped out of UNITEN sometime in 2007/08, why is he applying for scholarship only 3 months ago?

2.Saiful admitted after achieving a grade point average of 1.69 in three semesters, he decided to quit university. Why is he applying for scholarship to enter varsity again when he has quit?

3.Why is Saiful applying for scholarship in the Deputy Prime Minister office and not in the PSD office?

4.Why would such a senior officer in the DPM department bother to pose for a photograph with a young, unimportant 23 year old new scholarship applicant?

5.Why important and busy ministers like Shahrir, and senior officers in the DPM department would take their precious time to pose photograph with Saiful if he is not a valuable person?

6.Surely having known Saiful is on the side of the opposition PKR, why would they even entertain him?

As the Chinese sayings goes, “to cover up a lie, it takes another 100 lies to cover up that lie”

Sunday, June 29, 2008

Not Again !!

My sentimen actually. Its all over the paper and most of the blog.

Read Lawyer_kampung
Also Kickdefella

Cukuplah ...Saiful Bukhari tu tak cukup duit nak kahwin barangkali. Ataupun dia dijanjikan honeymoon kat Mongolia. Dia yang muda dan kuat tak terlawan orang tua..malu malu.

Cerita cerita baru ni supaya kita lupa pasal minyak naik harga,beras naik harga,gas pun nak naik harga lagi. Pengakuan bersumpah Raja Petra pun tak dibincangkan lagi.

Wahai yang berkuasa,gunakan kuasa selagi ada kuasa....

Tuesday, June 24, 2008

Jom Berbasikal



Sekali tengok macam kat China pulak...bertali leher dan berkot naik basikal. Selain menjimatkan minyak ,dapat juga menyihatkan badan. 2 in 1 !!!

Kalau dibuatkan lorong lorong untuk berbasikal pasti ramai yang akan menggunakan basikal,ibubapa pun suka anak2 ke sekolah berbasikal.

Terkenang zaman2 naik basikal...






Sunday, June 22, 2008

Minyak dan Altantuya

Sikit sikit agenda melayu...tidak cukupkah lagi 50 tahun yang telah diberikan untuk mengubah dan meningkatkan nasib orang2 melayu.

Minyak naik,kita disuroh mengubah cara hidup,berbelanja secara berhemah tapi demo ambil komisyen beratus juta. Bacalah pengakuan bersumpah Raja Petra dan hentikanlah lakonan dimakhamah.Tapi rasa-rasanya mesti Raja Petra yang akan dihukum atau di ISAkan.

Minyak naik,beras naik,susu naik...kalau minyak naik semua barang mesti naiklah. Kangkong pun naik harga....kalau tak naikkan harga macamana nak beli beras.Menteri menteri sekarang semua tipu..belajar dengan boss dialah tu, So apa kata kita lantik Husam jadi menteri dan dia bentangkan belanjawan 2008 opss 2009. Baca kupasan Datuk Paduka Haji Husam dalam laman Kickdefella bagaimana Penurunan Harga Minyak Tidak Mustahil

Thursday, June 19, 2008

Naik keretapi



Station Keretapi Tanah Merah

video

Keretapi tiba

Bagi sesetengah orang menaiki keretapi adalah pekara biasa tetapi bagi kami di Pasir Puteh atau Pekan Pahang keretapi adalah satu pengangkutan yang agak luar biasa kerana keretapi tidak melintasi kawasan kampung kami.
Hari ini anakanda kembar kami mengalami satu pengalaman yang luar biasa iaitu menaiki keretapi dari Kuala Krai ke Tanah Merah! Walaupun jaraknya agak dekat tapi keseronokannya telah membuat kembar kami tersenyum seharian dan tidak habis habis bercerita kepada abang abang dan kakaknya.

Tersenyum gembira

Stesyen keretapi Tanah Merah sedang dalam pengubahsuaian. Apabila siap nanti mungkin ia akan kelihatan lebih 'presentable'. Pengubahsuaian stesyen keretapi sepatutnya telah lama dilakukan lebih lebih lagi sempena Tahun Melawat Kelantan tahun ini.

Friday, June 13, 2008

Rehatkan minda

Sambil membuat kerja-kerja dipejabat, ataupun yang tengah update blog, ataupun yang tengah baca blog apa kata kita rehat sebentar dan cuba quiz ini.

http://www.quizyourprofile.com/guessyournumber.swf

Senang aje tiada agenda tersembunyi.

Sunday, June 8, 2008

Minyak naik lagi.....

Tulisan dibawah ini dipetik dari laman Minda mufti di Mingguan Malaysia pada 8 jun 2008.

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?” Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma‘ruf dan al-An- Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperoleh ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa‘d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Tuesday, June 3, 2008

Suka Duka Di musim cuti

Cuti sekolah pertengahan tahun telah hampir ke penghujungnya. Kami sekeluarga tidak kemana-mana kerana pasangan kembar kami bertanding di Taekwan Do Tournamen peringkat Negeri Kelantan pada 4 dan 5 haribulan Jun, di Komplek Belia dan Sukan Negeri Kelantan . Sepanjang cuti sekolah ini mereka menghabiskan masa dengan berlatih bersama kawan kawan sepasukan.

Pingat yang dimenangi

Tahniah kepada pasukan dari Pasir Puteh yang telah muncul pasukan terbaik di tournamen tersebut.

Saperti biasa, musim cuti sekolah juga di penohi dengan undangan perkahwinan.Kini telah tiba masanya bagi rakan rakan yang sebaya menerima menantu. Tahniah untuk Siti Khatijah,Ahmed Husin dan Hajjah Rogayah yang menerima menantu dan tak lupa kepada Puan Rohani Abdullah (4 Life) yang mendapat cucu pertama.

Nurul semasa majlis bertandang ke rumah pegantin lelaki

Pelamin di rumah Ahmed Husin, di Palekbang.

Kami di Sripekan telah dikunjungi olih sahabat yang telah lama tidak bertemu. Pn Rohaniah adalah orang yang pertama menyapa ketika saya melapur diri untuk bertugas di Telekom Kuantan dua puloh tahun yang lalu. Kak Ani kini bertugas di TM Kelang Selangor. Kepada Kak Ani dan keluarga,terutama Maisarah (anak bongsu?) terima kasih kerana sudi datang.

Bersama Kak Ani dan Maisarah

Keluarga Kak Ani dan kembar di hadapan Sripekan

Dimusim cuti ini kami hanya berkunjung ke pantai Irama, Bachok selain daripada Rantau Panjang bersama keluarga Kak Ani. Di musim cuti bagi yang mengetahui lebih baik membeli belah di Kota Bharu.

Pantai Irama Bachok kelantan



Membeli layang layang untuk Nadia

Dalam keseronokan musim cuti kami dikejutkan dengan kematian bapa dan adik kepada Iffah Zafirah,sahabat baik kepada Fauziah danFariza.Bapa dan adiknya mati lemas di pantai Telong,Bachok. Iffah dapat di selamatkan dan kini masih dirawat di Hospital Kota Bharu. Semuga Iffah ,ibunya( yang sedang menanti kelahiran anak yang keenam pada September ini) dan seluroh keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah.

Disini disertakan laporan dari akhbar harian Metro.

Nekad selamat suami, anak

Oleh Azlan Hafeedz
am@hmetro.com.my

PASIR PUTEH: Seorang isteri yang hamil enam bulan nekad berenang ke laut di Pantai Telong, Malawi, dekat Bachok dalam usaha menyelamatkan suami dan dua anaknya yang dihanyutkan ombak kuat ketika sedang mandi, kelmarin.

Bagaimanapun, usaha Badariah Abd Ghani, 39, dari Kampung Tembila, dekat sini, gagal apabila terpaksa berpatah balik kerana keadaan air dalam dan ombak kuat menyebabkan suami dan anak lelakinya lemas, manakala anak perempuannya dapat diselamatkan dengan bantuan orang ramai.

“Walaupun reda dengan kematian dua insan tersayang, saya terkilan kerana arwah suami tidak sempat menatap wajah anak keenam kami yang dijangka lahir September ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, suami Badariah, Zuraimi Mohamad, 39, ditemui lemas bersama anak keduanya, Mohd Farid, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Janggut di sini, ketika mandi bersama seorang lagi anak mereka di pantai itu, petang kelmarin.

Bagaimanapun, anak sulung pasangan berkenaan, Iffah Zafirah, 16, terselamat dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu dan keadaannya dilapor stabil.

Sebelum kejadian, Zuraimi dikatakan membawa isteri dan lima anak serta seorang adik ipar perempuan ke kawasan perkelahan itu dan bercadang menginap di chalet di situ bagi menunaikan janji kepada keluarga sebelum ini.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan itu, Zuraimi dikatakan tidak terus membuat pendaftaran masuk ke chalet terbabit, sebaliknya terus mengajak anaknya mandi dengan alasan sudah lama tidak mandi pantai.

Badariah berkata, sikap dan perangai suaminya agak berlainan kerana kelihatan terlalu gembira serta sering menyakat anak bongsu mereka, Mohd Hafiz, 3, hingga menangis.

Menurutnya, walaupun melihat gelagat arwah suami yang begitu gembira bergurau dengan semua anak mereka, dia tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk bakal berlaku.

“Ketika itu, suasana sekitar kawasan pantai peranginan itu agak tenang kerana kurang pengunjung mungkin kerana kedudukannya agak terpencil serta jauh dari rumah penduduk kampung.

“Bagaimanapun, ketika sedang menyiapkan makanan bersama adik saya, Ros Aliza, 27, tiba-tiba kedengaran anak ketiga kami, Mohd Zakuan, 11, melaung meminta tolong sebelum memaklumkan suami dan dua anak (Iffah Zafirah dan Mohd Farid) hanyut dibawa ombak deras,” katanya.

Katanya, dia terus berlari ke pantai tanpa menghiraukan dirinya kini hamil enam bulan.

“Saya cuba berenang menyelamatkan mereka bertiga tetapi gagal kerana air terlalu dalam selain arus laut kuat menyebabkan saya terpaksa berpatah balik ke pantai.

“Saya kemudian meminta bantuan dua pemuda yang secara kebetulan melalui kawasan itu sebelum mereka berjaya menyelamatkan Iffah Zafirah tapi gagal membantu suami dan Mohd Farid,” katanya.

Menurutnya, beberapa penduduk kampung yang kemudian datang membantu berjaya menemui suami dan anaknya itu, kira-kira 50 meter dari pantai tetapi mereka sudah tidak bernyawa dan gagal diselamatkan.

“Saya terus memangku suami dan mengusap rambutnya sebelum meriba pula Mohd Farid walaupun menyedari mereka sudah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Menurutnya, arwah suami yang bekerja sebagai pendawai elektrik di Kuala Lumpur pulang ke kampung Sabtu lalu, kerana terlalu merindui keluarga termasuk anak perempuan tunggal mereka, Iffah Zafirah.

“Ketika pulang, dia jarang bertemu Iffah Zafirah yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kuala Krai,” katanya.

Jenazah Zuraimi dan Mohd Farid selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tebing Tinggi selepas solat Zuhur semalam sebaik dituntut keluarga dari Unit Forensik HRPZ II, malam kelmarin.



























Dalam politik semuanya mungkin...

Petikan dari blog Kickdefella:



Ezam kembali bersama katak-kataknya.

Ezam Mohd Noor berdiri di pentas di Kampung Kedai Piah tidak sampai 100 hari yang lalu dan menjerit-jerit dihadapan lebih kurang 300 orang mengupas hujah-hujahnya tentang bertapa buruknya UMNO dan betapa busuknya Barisan Nasional. Intipati pekikan Ezam berakhir dengan kesimpulan bahawa Kerajaan Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah terlalu hina dengan korupsi yang menjadi-jadi.


Sedekad yang lalu, Ezam keluar dari UMNO bersama enam kotak yang dilaung-laungkan sebagai berisi segala dokumen yang boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Sampai hari ini saya menanti Ezam membongkar isi keenam-enam kotak itu. Ezam rela ke penjara mempertahankan enam kotaknya. Dan minggu ini, Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotaknya.



Baca seterus nya di sini.



Dalam politik segalanya mungkin.