Thursday, November 13, 2008

Telekom Malaysia:Rugi atau Untung?

Laporan dibawah dipetik dari blog cetusan hati . Kebiasaannya warga Telekom diberitahu syarikat rugi dan syarikat terpaksa mengurangkan pekerja etc etc. Pekerja dinasihatkan meningkatkan quality etc etc atau dinasihat ambil VSS...Untuk menjaga prestasi report yang 'comel' yang tidak mengambarkan keadaan sebenar ....kalau tidak takkanlah kabel yang dicuri 10 span mengambil masa lebih dari tiga bulan untuk diganti....


Telekom Malaysia: Rugi atau Untung?

Utusan melaporkan Telekom Malaysia untung RM 165.8 juta bagi suku ketiga tahun ini;."Syarikat telekomunikasi tersebut berkata, kos-kos luar biasa itu juga menyebabkan keuntungan bersih merosot kepada RM165.8 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2008 berbanding RM658.5 juta, tempoh sebelumnya.

"Tetap untung, tetapi merosot kepada RM 165.8 juta.Berlainan dengan laporan The Star dan Bernama. Angka sama - RM 165.8 juta - tetapi itu jumlah kerugian Telekom bagi suku ketiga, bukannya keuntungan.

The Star;"KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd posted net loss of RM165.82mil in the third quarter ended Sept 30, weighed down by foreign exchange losses of RM195.7mil.Announcing a weaker set of results on Tuesday, the net loss was in sharp contrast of the net profit of RM658.51mil year ago.

"Bernama;"KUALA LUMPUR, Nov 11 (Bernama) -- Telekom Malaysia, which reported a loss after tax and minority interests of RM165.8 million for the third quarter ended Setpember 30,..."Hasilnya, tajuk berita Utusan dan media lain menjadi berbeza dalam isu ini.

Tajuk Utusan;Telekom catat untung lebih rendah

Tajuk The Star;Telekom Malaysia Q3 net loss RM165.8mil

Satu melaporkan keuntungan, lainnya melaporkan kerugian. Disengajakan atau tersalah, pembaca Utusan yang rata-rata orang Melayu akan 'kagum' dengan keuntungan itu dan tidak dikejutkan dengan kerugian. Ada kesannya.Sebab kerugian mendadak dari keuntungan besar dalam tempoh sama tahun sebelumnya, menarik untuk dikorek.Pendapatannya tidak banyak berubah, RM2.062 billion tahun ini berbanding RM2.128 billion tahun sebelum.Mungkin kerana itu Ketuanan UMNO/BN meluluskan projek broadband lebih RM 11 billion tanpa tender dan tergesa-gesa kepada Telekom?

Berita Bernama yang sama melaporkan;Group chief executive officer, Datuk Zamzamzairani Mohd Isa, said that TM continued to see broadband as the key growth driver.For Q3, broadband registered a growth of 24.6 percent to RM390.6 million from Q3 in 2007 arising from continued growth of broadband customers to 1.55 million from 1.18 million before."With the implementation of High Speed Broadband (HSSB), there would be potential for a host of products and services that we can offer, especially on the retail front," he said.
Broadband adalah mustahak, sama seperti helikopter baru menggantikan Nuri.

Harga berlebihan, itu yang merosakkan.