Sunday, February 17, 2008

From around the blog..

Petikan dari komentar di blog MSO....

"Saya merupakan penyokong yang bukan ahli Pas dan bukan juga rakyat Kelantan. Sangat tertarik dengan isu "Kelantan Jatuh Ke tangan BN".Memang rasa kerdil untuk mengulas tulisan penulis besar seperti saudara. Juga terasa sombong untuk mengkritik pandangan Saudara Ramli Abdul Halim.Saya amat terkilan apabila Saudara Ramli berdoa agar Kelantan jatuh ketangan BN hanya kerana benci dengan sikap sesetengah YB Pas.

Saya sendiri sebenarnya sangat berdebar-debar untuk PRU 12 ini kerana takut sekiranya negeri yang satu-satunya yang jadi pengimbang kepada politik Malaysia bertukar tangan.Tidaklah adil untuk saya mengatakan apa yang baik apa yang tidak kepada rakyat Kelantan sedangkan saya sendiri bukan rakyat Kelantan dan tidak pun tinggal di Kelantan. Cuma apa yang boleh saya katakan rakyat Kelantan sangat bertuah kerana diperintah oleh sebuah parti yang bertunjangkan Islam dan oleh seorang Tok Guru yang benar-benar menghayati Islam, dihormati kawan dan lawan, beragama Islam dan bukan.

Apakah alasan BN untuk memerintah Kelantan. Apakah mereka lebih baik? Dari segi apa? Apakah soal pembangunan dan masjid yang dijadikan alasan?Akhir-akhir ini Umno sering menzikirkan ayat tidak ada satu masjid pun dibina oleh Pas di Kelantan jadi tak ada jasa PAS terhadap Islam. Benarkah itu?

Saya tidak pastilah samada benar atau tidak bahawa tidak ada satu masjid pun dibina oleh Kerajaan Pas tetapi sewaktu mengunjungi Kelantan tahun 2007 yang lalu saya ada melihat sebuah masjid sedang dibina di Pasar Siti Khadijah Kota Baru.
Mungkin Umno yang bina kot. Cuma yang saya nak ulas di sini bahawa benarkah tak ada bina masjid baru maka tak ada jasa pada Islam. Saya ingin bertanya kepada Umno, beribu-ribu masjid yang kamu bina dengan wang kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur dan Selangor berapa banyakkah yang makmur? Berapa banyakkah masjid yang dibina itu memberi manfaat kepada Islam?
Apakah ratusan juta wang untuk pembinaan Masjid Wilayah memberi pulangan sewajarnya kepada Islam?

Begitu juga Masjid Putrajaya. Dari beribu-ribu masjid yang kamu bina berapa banyakkah yang mengatakan bahawa menutup aurat itu wajib, judi dan arak itu haram, berlaga pipi antara bukan mahram itu haram?

Dalam beribu-ribu masjid yang dibina yang mana satu tempat Najib dan Dollah
(Abdullah Ahmad Badawi) berjamaah setiap hari? Di masjid manakah Najib sebagai
seorang pemimpin menjadi imam? Dalam beribu-ribu masjid yang dibina berapa
banyak wang BN atau Umno digunakan dan berapa banyak pula Wang Kerajaan Malaysia digunakan?Dengan kehebatan membina beribu-ribu Masjid berapa banyakkah pula lesen-lesen judi dan arak dihapuskan oleh BN?Kalau soal pembangunan dijadikan alasan untuk BN memerintah Kelantan, ingin saya bertanya tidak membangunkah Kelantan itu? Apakah Perlis dan Pahang sudah cukup membangun? Apakah pembangunan negeri-negeri dibawah BN menggunakan peruntukkan BN atau Kerajaan Malaysia?

Apakah Kerajaan BN dan Kerajaan Malaysia itu sama? Kalau sama kenapa saya yang mengundi pembangkang perlu membayar cukai? Apakah pembangunan di negeri-negeri di bawah BN membiayai sendiri pembangunan mereka? Kenapa Peruntukkan Kerajaan Malaysia dinafikan untuk Kelantan?Apakah Annuar Musa, Mustapha Mohamed atau Awang Adek lebih baik dari Tok Guru Nik Aziz? Apakah Annuar Musa orang yang bersih? Cuba tanya Mustapha Mohamed siapa yang biaya pembinaan rumahnya di Shah Alam? Pokoknya kenapa BN nak perintah Kelantan?

Apakah negeri-negeri lain di bawah BN sudah cukup cemerlang berbanding Kelantan? Berbanggalah rakyat Kelantan kerana hanya anda sahaja yang benar-benar diredhai Allah. Negeri-negeri lain semuanya sudah di Islam Hadharikan. Hanya Kelantan masih Ahli Sunnah Wal Jamaah.Pembangunan yang cuba disogokkan oleh BN kepada Kelantan hanya bersifat sementara, duniawi. Lihat Terengganu... walaupun beratus juta dicurahkan untuk membeli maruah, hasilnya Terengganu menjadi negeri kedua termiskin di Malaysia dan kedua kos sara hidup tertinggi di Malaysia.

Kadar jenayah meningkat berpuluh kali ganda sehingga ada nenek 70 tahun dirogol. Apakah orang Kelantan nak jadi macam orang Terengganu? Apa faedah Masjid Kristal yang dibina di pulau yang tiada penduduk kepada Islam? Saya tidak nafikan memang ada beberapa pemimpin Pas yang dah jadi macam pemimpin Umno. Penting diri sendiri. Sebab itu kita tak boleh bagi jawatan pemimpin lama sangat. Lagi satu kalau pemimpin yang berebut nak jadi calon sah terang-terang tidak layak jadi pemimpin.

Ramai ahli-ahli Pas yang berkaliber di Kelantan tu. Terus-terang saya katakan saya begitu hormat dengan Tok Guru Nik Aziz. Malah rakan saya berbangsa Tionghua pun sangat hormatkan beliau. Begitu juga saya kagum dengan YB Husam Musa. Walaupun saya tidak tahu kenapa Saudara Sayuti tidak suka akan dia tapi saya pasti Saudara Sayuti lebih mengenali beliau daripada saya. Saya juga kesal sekiranya
cakap-cakap mengenai Husam adalah benar kerana saya mengharapkan beliau
menggantikan Tok Guru. Kalau benar saya harap Husam dapat memperbetulkan semula.


Sebagai manusia kita mesti membuat silap. Tapi jangan sombong untuk mengaku
kesilapan. Pada saya Husam mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin besar jadi
jangan sia-siakannya. Dan saya berharap saudara Sayuti dapat menegur
pemimpin-pemimpin "kita" dengan berhemah dan hikmah. Saya sayangkan Kelantan dan saya sayangkan Pas.

Fadzli.

1 comment:

kbguy said...

Ooo.., orang PAS la ni.. patuk lah dari warna pink, berubah ke hijau. Ada bulan pulak ni... ..