Wednesday, July 23, 2008

Project Completed

This project started in Feb 2008 and finally yesterday mission accomplished. Today the boss at Sripekan sits quietly watching his mother Kelah, father Kelah and all the Kelah siblings swimming in the aquarium.DIY is not easy,even the sibling at sripekan and all their friends make jokes of the project. Abang Long wanted to display his 'jerung' (motorcycle) in it!

Monday, July 21, 2008

Distraction

Minggu lepas kebanyakan akhbar dan blog membawa cerita cerita DSAI yang ditahan dan dibebaskan keesokan harinya, juga cerita RPK yang ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Minggu ini pula dimulakan dengan pendedahan Pak Lah yang wakil Umno dan Pas telah tiga kali bermuzakarah pasal Islam dan melayu. setiap kali tersepit Umno akan mengajak Pas bermuzakarah tapi masa menang besar tidak perlu bermuzakarah dengan Pas.

Ustaz Nasharudin, kalau kami tahu anda ingin membawa Pas kedalam BN, nescaya kami tak akan memberikan kerusi Parlimen Bachok kepada anda.

Kami di Kelantan berdiri teguh bersama Tok Guru.

DSAI dan RPK akan disambung ceritanya pada bulan Ogos nanti, kini perhatian lebih kepada muzakarah Pas/Umno sehingga menenggelamkan berita kenaikan harga minyak dan kesempitan hidup rakyat.

Supaya rakyat tidak membicarakan kenaikan harga minyak,harga beras,kenaikan tambang pengangkutan awam kita dihidangkan dengan sandiwara yang melaga- lagakan Pakatan Rakyat.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Arrested


KUALA LUMPUR, Malaysia - Police arrested Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim on Wednesday, less than an hour before a deadline for him to appear at police headquarters to answer allegations that he sodomized a male aide.About a dozen policemen, some of them wearing balaclavas, cordoned off the road leading to Anwar's house and stopped his car, said his lawyer Sankara Nair. The policemen informed Anwar that they had orders to arrest him, said his lawyer Sankara Nair.

"They arrested him. No reason was given," said Nair. He said Anwar was bundled into a police car and taken to the police headquarters. No one else from Anwar's entourage was allowed to get into the car with him, he said. There was no trouble or violence.

It was not clear why Anwar was arrested since he had said he would present himself for interrogation before the Wednesday 2 p.m. deadline set by the police. Earlier Wednesday, Anwar told reporters that he wants the police to "conduct the investigation professionally."

At the same time, he said, "I will give my fullest cooperation" to the police, he said. He has denied the sodomy accusation, made in a police complaint by the male aide last month, as a political conspiracy.

The accusation recreated a drama surrounding similar accusations that he faced in 1998 when he was deputy prime minister and finance minister. The accusation led to his dismissal from the government and subsequent conviction and imprisonment.

Malaysia's Supreme Court later overturned the conviction, but by then Anwar had served six years in jail on a related abuse of power charge. He was freed in 2004, when he revived his political career as an opposition leader.

"There is no basis for this whole fabrication and malicious attacks. It is just a repeat of the 1998 script. You can see the pattern," Anwar said before his arrest.

Anwar can be held in custody for up to 14 days, after which he must be charged. Sodomy is a non-bailable offense, punishable by up to 20 years in jail.

The sodomy accusation has hampered his campaign to topple the government, which suffered badly at the hands of his three-party People's Alliance in the March 8 general elections.

The ruling National Front coalition, which has traditionally enjoyed a two-thirds majority, now has only a 30-seat advantage over the opposition. Anwar's charisma and strategic skills were credited with boosting the opposition's strength in the 222-member Parliament from 19 to 82 seats.



Tuesday, July 15, 2008

Debat:Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek

Selesai saja debat malam tadi,kawan kawan menelefon menyatakan rasa tidak puas hati dengan Menteri Penerangan yang tidak focus kepada tajuk dan lebih menyerang peribadi . Saya juga rasa begitu,walaubagaimana pun tahniah kepada menteri Penerangan yang berani berdebat dengan DSAI.

Ramai yang memberi pendapat dalam Rockybru yang kini kelihatan sedikit condong kebarat ataupun ke timur. Nabil kata Lu pikirlah sendiri.
Baca juga komen dari kickdefella, penarik beca,dan layarilah juga blog blog lain.

Anak penarik beca kata, "Ya Allah... Bangangnya dia ni! Sape ni, abah! Bodoh tahap gaban! Sebab minyak naiklah, yang lain semua naik harga.

Kalau melayari blog blog ni sampai terlupa nak letak nasi. Nanti abang balik haru biru pulak jadinya..

Thursday, July 10, 2008

USUL TIDAK PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI MALAYSIA


KENYATAAN AKHBAR KETUA PEMBANGKANG


Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2)

Sebentar tadi saya dengan diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membawa satu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.”

Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan ‘Tsunami Politik’ yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya. Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini.

Sekian, terima kasih.

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Wednesday, July 9, 2008

Internet: Pengkhianat Atau Penyelamat?


Tuesday, July 08, 2008

A Kadir Jasin


HERDIKAN Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi terhadap media yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) seperti blog, laman perkongsian fail YouTube dan sistem pesanan ringkas (SMS) wajib dipandang berat.

Jelas daripada kenyataan yang dimukahadapankan oleh hampir semua akhbar arus perdana hari ini bahawa Perdana Menteri telah membuat “kerja rumah” atau telah dinasihati oleh pihak-pihak tertentu yang tahu mengenai peranan ICT dalam pembentukan pendapat umum.

Bahasa yang digunakannya boleh dianggap keras dan mengancam. Beliau menggunakan istilah seperti pengkhianatan, perbuatan khianat, pembohongan, “treason” dan “treachery.”

Beliau menuduh pengguna saluran siber ini sebagai tidak menunjuk hormat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Katanya segala fitnah dan pembohongan yang disebarkan melalui blogs dan YouTube tidak menyumbang ke arah mewujudkan perasan lega dan keyakinan di kalangan rakyat jelata.

Eloklah kalau Perdana Menteri sendiri kini mengakui secara terbuka di hadapan kakitangan awam mengenai kesan dan implikasi media yang berlandaskan ICT ini terhadap pendapat umum.

Walaupun mungkin ada pihak yang akan melihat kenyataan Abdullah itu sebagai ancaman atau permulaan kepada satu tindakan yang lebih keras, saya melihatnya sebagai sesuatu yang positif.

Kalau pendukung pemerintahan dan jentera mereka mahu mengambil iktibar daripada artikulasi Perdana Menteri itu, mereka akan segera mendalami, memahami dan menangani isu ini.

Pertama, bukan semua blog dan kandungan YouTube berunsur politik. Malah di negara kita, lebih banyak blog berupa blog peribadi yang tidak menyentuh politik.

Kedua, bukan semua blog politik dan kandungan politik YouTube dikendalikan oleh orang politik atau wartawan yang mahir dalam hal ehwal politik.

Dan ketiga, bukan semua blog anti-pemerintah atau dikendalikan oleh pembangkang. Banyak juga blog dimiliki atau dikendalikan oleh ahli politik pemerintah dan penyokong kuatnya.

Mungkin ada blog atau pemblog yang antikerajaan, yang membuat fitnah dan melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara. Kalau ini terbukti, tindakan sivil dan jenayah boleh diambil ke atas mereka.

Tetapi pasti ada juga blog yang dikendalikan secara profesional dan rasional walaupun kritikal terhadap pemerintah dan parti pemerintah.

Sedikit sebanyak mereka telah menyumbang ke arah memberi kesedaran dan membantu pemerintah memperbetulkan beberapa kesilapan.

Misalnya, dalam isu penjualan Pantai Holdings Berhad kepada syarikat Singapura, Parkway Holdings Limited. Pada mulanya Perdana Menteri sendiri menafikan di dalam akhbar bahawa ada syarikat tempatan yang jatuh ke tangan asing.

Tetapi, beberapa minggu kemudian beliau mengaku bahawa Pantai Holdings telah jatuh ke tangan asing dan Khazanah Nasional Berhad terpaksa dikerah untuk membeli balik kawalan syarikat itu dengan belanja yang besar.

Begitu juga dalam isu-isu sensasi yang lain seperti pemberian kontrak Petronas di dalam dan luar negara kepada Scomi Berhad dan pembelian aset awam Avenue Capital oleh ECM Libra.

Kalau pemblog boleh disifatkan sebagai tidak menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara, pemerintah pun boleh disifatkan demikian di dalam beberapa tindak-tanduknya.

Misalnya, ketika krisis pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu di mana peranan Istana telah dipertikaikan.

Lagipun, adalah terlalu mudah (simplistic, convenient) menyalahkan portal berita bebas, blog dan YouTube tanpa mengkaji dan memahami mengapa rakyat jelata memilih dan mempercayai mereka.

Salah satu sebab adalah media massa arus perdana tidak menyiarkan berita dan maklumat yang dianggap tidak memihak kepada pemerintah.

Kalau disiarkan pun, berita dan maklumat itu kerap kali diolah semula agar memihak kepada pemerintah atau sekurang-kurangnya tidak memberi kesan negatif kepada pemerintah.

Sama ada benar atau hanya persepsi semata-mata, ramai orang hari ini melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dan bertukar-tukar fikiran daripada mengikuti media massa arus perdana.

Oleh sebab media massa arus perdana begitu berkait rapat dengan pemerintahan, maka kredibilitinya dan kredibiliti pemerintah saling kait-mengait.

Sama ada kandungan media Internet penuh pembohongan, fitnah dan konspirasi seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri, kebenaran mutakhir bergantung kepada proses undang-undang dan kehakiman yang sedang berjalan sekarang.

Kebenaran mutakhir akan muncul dan pihak-pihak yang tertuduh akan mendapat pengadilan yang saksama hanyalah jika proses penyiasatan, penuduhan, pembelaan dan penghakiman dibenarkan berlaku tanpa sebarang gangguan, campur tangan dan ancaman oleh sesiapa pun.