Monday, January 7, 2008

Singgang ajelah...

MasyaAllah,jangan ribut2 minyak masak tak ade.

Kekurangan bekalan minyak masak di pasaran merupakan taktik dan amaran awal untuk menaikan harganya, kata Pengerusi Lajnah dan Alam Sekitar, Dr Siti Mariah Mahmud.

Inilah isu sebenarnya,untuk menaikkan harga.

"Jika disebabkan minyak itu disorok tetapi jika kerajaan berkeras untuk tidak menaikan harganya mereka terpaksa lepaskan juga.

Oleh itu katanya, kerajaan kena bertahan dan jangan sekali-kali melayan permintaan untuk menaikkan harga minyak yang merupakan barangan kawalan itu

"Kalau dia naikkan juga harganya lama mana sangat rakyat boleh bertahan dan kerana itu saya nasihatkan rakyat mengurangkan penggunaan minyak dan apabila semua orang bertindak demikian dengan sendirinya harganya akan jatuh," katanya.


Ikutlah nasihat Dr.Siti Mariah, apa macam kalu kita buat singgang daging ari ni???

No comments: