Monday, December 24, 2007

Idul Adha n Christmas

Tomorrow is Christmas. And Idul Adha have just left us. Due to the flood n landslide our plan all go hay wire....and my girl is left alone celebrating idul adha in KL.

Well' not alone actually n many thanks to Marsila who went to fetched her at the hostel. So my girl spent Idul Adha with massy n family. Marsilla is @ http://www.marsilaz.com/

Salam aidil Adha n Merry Christmas.

Monday, December 17, 2007

Cuti cuti Cameron Highland

Cuti Cuti Cameron Highland


Memandangkan percutian ini telah dirancang awal lagi,kami meneruskan juga percutian ke Cameron Highland walaupun banjir melanda Kelantan. Alhamdulillah, bandar Pasir Puteh tidak dinaiki air.Keluarga dari pekan sampai pada 12 Disember dan kami bertolak ke Cameron Highland pada 13 Disember.Nasib menyebelahi kami, jalan di Sg Durian, Kuala Krai yg ditutup kepada semua kenderaan pada hari semalam telah dibuka semula.
Dari Gua Musang ke Brinchang hanya mengambil masa satu jam setengah.
Arabella Apartment di lihat dari perkarangan Mardi.
Arabella Apartment.


Malamnya agak sejuk...

Bunga bunga mengasyikkan

Di Tanah Rata hujan renyai2.

Posing di The Lake House.

Tidak sah jika tidak melawat Mardi Cameron Highland.


Boh Tea Plantation


The famous Smoke House


Bunga2 dan sayuran yang di borong.



Kabus tebal di Loging



Kami berpisah di Gua Musang, keluarga dari Pekan balik melalui Kuala Lipis.

Malangnya mereka tersekat di Kuantan kerana Pekan banjir besar.

Sunday, December 9, 2007

banjir datang lagi..


Gambar diambil dari jambatan Tendong,Pasir Mas.Sungai Kelantan telah melimpahi tebing.
Diawal penghijrahan saya ,bandar yang pertama akan dinaiki air ketika musim tengkujoh ialah Pasir Puteh. Kini dengan adanya projek kemasin semerak Pasir Puteh tidak lagi di tenggelami air.Anak anak merindui suasana banjir di Pasir Puteh.

Selamat pengantin baru


Selamat Pengantin Baru kepada Shima dan Azuar Semuga berbahagia hingga ke anak cucu. Shima dari pekan pahang telah memilih Azuar dari pasir mas kelantan.Tak makan budu tak ape tapi mesti bolih menyajikan budu untuk suami dan mentua....

Friday, December 7, 2007

maya karin in kota bharu??

By IAN MCINTYRE (The Star)
ianm@thestar.com.my
KOTA BARU: Kelantan will make history today when, for the first time in 17 years, it has a female artiste to grace its programme and the lucky person is Maya Karin.
Since coming into power, the PAS-led state government has banned female artistes from performing live or attending state-run activities as their voices are said to be arousing, and this also applies to the annual Quran recital competition.
Maya, who shot to fame after starring in the Pontianak blockbusters, will be attending the inaugural Kelantan Mini-Fest 2007, a film festival comprising 14 international works of fiction, documentaries and short films at the Balai Islam in Lundang.
Since retaining Kelantan in 2004, the PAS-led state has begun to relax its rigid policies. It allowed outdoor concerts but only featuring male artistes, let more hair salons to operate and lifted the ban on snooker and billiard parlours.
Maya’s presence will mark another breakthrough in permitting more recreational and entertainment activities in the state.
State Local Government Committee chairman Datuk Takiyuddin Hassan told a press conference that this was the first time Kelantan was hosting a film festival. The organiser is the state-owned Darul Digital Animation School.
Maya will be participating with renowned Iranian film director Majid Majidi in a dialogue with panellists Mamat Khalid and Dr Hatta Azad Khan, who are local film directors.
The Colour of Paradise directed by Majid was voted by Time magazine as one of the top 10 films in 2000.
A film festival is considered unique in Kelantan because there has been no operating cinema or cineplex since 1995 after the state ruled that lights must be switched on during screenings and that female patrons must be segregated from the males.

Monday, December 3, 2007

musim haji tiba lagi...




Selamat menunaikan ibadah haji buat su dan cik nor juga wan khairuzi dan fauzi,semuga kalian mendapat haji yang mabrur.


amin.

Saturday, December 1, 2007

sabtu yang kuning

hari ini hari sabtu yang ketiga selepas 10-11th,aku memakai baju kuning.petangnya aku dan anak2 ke pasar malam.tak ramai pun yg berbaju kuning..harap2 lebih ramai warga pasir puteh memberi sokongan ,ke kuala lumpur bolih pergi takkanlah dah balik kampong senyap aje...

Monday, November 12, 2007

time 2 change

i salute all of you who walked to the palace on sat 10.11
pictures speak better than word,see for yourself:
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1340101&back=http://minaq-jinggo.fotopages.com/?page=0

Monday, November 5, 2007

Sindiket janji laba RM10,000 sehari

Oleh Mary Victoria Dass maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sebuah sindiket yang mendakwa kononnya mempunyai rangkaian perniagaan bersama lebih 10 bank tempatan dan antarabangsa semakin berani menawarkan pelaburan secara bebas kepada orang ramai dengan menjanjikan ‘gaji hari-hari’ mencecah RM1,000 hingga RM10,000, sejak kebelakangan ini.
Sindiket yang beroperasi di sebuah pejabat di Petaling Jaya, Selangor itu cuba meraih keyakinan pelbagai lapisan penduduk termasuk warga bandar raya ini dengan mendakwa sistem pelaburan yang ditawarkan itu sudah memperoleh kelulusan kerajaan dan mendapat sokongan bank tempatan.
Pelaburan ditawarkan sindiket itu difahamkan menerima sambutan ramai kerana mereka bukan saja melakukan promosi menerusi risalah diedarkan, malah ejen dilantik di seluruh negara giat memperkenalkan sistem pelaburan itu yang dikatakan mudah dan lebih terjamin.

Seorang penduduk di Damansara Aliff, Adib Abu Bakar, 45, berkata risalah mengenai peluang perniagaan ditawarkan sindiket berkenaan kini diedarkan secara berleluasa bukan saja ke premis perniagaan, malah ke kawasan kediaman di sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata, maklumat di risalah berbentuk wang kertas RM100 mampu mengelirukan orang ramai apabila mendakwa perniagaan yang dijalankan itu sudah memperoleh kelulusan kerajaan Malaysia selain disokong bank terkemuka tempatan.

Menurutnya, bagi menarik perhatian ramai, sindiket berkenaan memujuk orang ramai dengan alasan pembabitan dalam perniagaan itu memudahkan seseorang individu mencapai impian masing-masing termasuk melangsaikan hutang, membantu keluarga, berkahwin, menambah simpanan selain bagi menjalani kehidupan lebih selesa.“Saya terkejut apabila melihat risalah berbentuk wang kertas RM100 yang diedarkan ke kedai kami, semalam.“Tidak dinafikan risalah itu mampu mempengaruhi seseorang apabila tertarik dengan tawaran pendapatan lumayan harian mahupun bulanan mencecah ribuan sehingga ratusan ribu ringgit,” katanya.

Adib berkata, dia yang tertarik dengan tawaran itu menghubungi nombor telefon bimbit di risalah berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.Beliau berkata, seorang lelaki yang menjawab panggilannya mendakwa sebagai ejen syarikat berkenaan sebelum meminta beberapa butirannya termasuk nama, tempat tinggal dan nombor telefon.Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa syarikatnya menawarkan peluang pelaburan yang membolehkan seseorang menjana pendapatan harian lumayan atau ‘gaji hari-hari’ mencecah RM1,000 sehingga RM10,000.

Katanya, lelaki itu mendakwa syarikatnya yang menawarkan sistem pelaburan sejak lebih lima tahun lalu dengan kerjasama bank tempatan dan antarabangsa kini terbuka kepada semua golongan sama ada profesional mahupun tidak.“Tambahan pula, ejen itu mendakwa pelaburan minimum yang boleh dilakukan RM500 dan ia tidak bermakna pulangan seseorang itu bergantung kepada pelaburan berkenaan, sebaliknya boleh menambah pendapatan dengan mengumpul lebih ramai pelabur di kalangan kenalan masing-masing.“Sekiranya seseorang itu mengumpul lebih ramai ‘downline’, bermakna dia boleh memperoleh lebih banyak pendapatan apabila ditawarkan komisyen 10 peratus daripada pelaburan dilakukan itu. “Saya menghubungi Bank Negara bagi mendapatkan maklumat mengenai pelaburan ditawarkan itu dan terkejut apabila dimaklumkan sistem pelaburan seumpama itu tidak digalakkan dan kemungkinan besar mempunyai unsur penipuan,” katanya.


note: tiada jalan pintas untuk berjaya,berusahalah mendapatkan rezeki yang halal.

Tazkirah

Tazkirah hari ini

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya".

Tuesday, October 30, 2007

Makanan segera antara punca penyakit kronik


Oleh NORILA DAUD (WARTAWAN UTUSAN)
CARA hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini.
Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya.
Pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara penyumbang kepada penyakit-penyakit tersebut.
Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap penyakit-penyakit kronik itu hari ini.
Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di Malaysia.
Corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dan dikawal.

Rencana penuh disinihttp://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Sunday, October 21, 2007

Kita semakin jauh

'mama tak bawa pun kita orang melawat saudara mama',terdengar dengar suara anak kembar ku. Di adil fitri yg lalu aku meminta abang ipar utk membawa kami melawat saudara mara sebelah bapa.Bayangkan aku sendiri tidak mengenali mereka. Inilah akibatnya meninggalkan kg diusia yg muda.Bersekolah di Kuantan semasa tingkatan 1-5,kemudian menyambung pengajian d Uitm Shah Alam,bekerja di Kuala Lumpur dan akhirnya menetap di Kelantan.Aku hanya mengenali saudara mara d sebelah ibu.
Kami ke rumah mak long,Ayah De, MakSu Timah etc etc..walaupun Bapa dan ibu ibu saudara telah tiada kami berjumpa sepupu,dua pupu yg telah terlalu lama tidak kami temui.
anak2 seronok bermain di pinggir sungai pahang.
semuga sirahtulrahim yang diperbaharui ini kekal keakhir hayat.