Sunday, October 21, 2007

Kita semakin jauh

'mama tak bawa pun kita orang melawat saudara mama',terdengar dengar suara anak kembar ku. Di adil fitri yg lalu aku meminta abang ipar utk membawa kami melawat saudara mara sebelah bapa.Bayangkan aku sendiri tidak mengenali mereka. Inilah akibatnya meninggalkan kg diusia yg muda.Bersekolah di Kuantan semasa tingkatan 1-5,kemudian menyambung pengajian d Uitm Shah Alam,bekerja di Kuala Lumpur dan akhirnya menetap di Kelantan.Aku hanya mengenali saudara mara d sebelah ibu.
Kami ke rumah mak long,Ayah De, MakSu Timah etc etc..walaupun Bapa dan ibu ibu saudara telah tiada kami berjumpa sepupu,dua pupu yg telah terlalu lama tidak kami temui.
anak2 seronok bermain di pinggir sungai pahang.
semuga sirahtulrahim yang diperbaharui ini kekal keakhir hayat.

No comments: