Friday, June 19, 2009

Saya masih disini.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama saya tidak mencoretkan perkembangan di sripekan . Kehilangan dalam keluarga diikuti dengan kenduri arwah setiap jumaat, diikuti pula dengan persiapan perkahwinan anak sulong menjadikan waktu begitu cepat berlalu sehinggakan tidak sempat hendak mengadap komputer. Adalah juga sesekali tu melawat laman2 yang hot saperti Husin Lempayung dan lain2 untuk mengetahui perkembangan politik semasa.

Berita yang sedang terhangat di Kelantan hari ini adalah kisah Kerajaan Perpaduan. Bagi sripekan kalau tak dengar cakap Tok guru nak dengar cakap siapa lagi?....Nasharudin Mat Isa tu bolih jadi ahli Parlimen atas ehsan Tok Guru..kini banyak cakap pulak. Saya paling suka tajuk ini.... Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar Pas dari Malaysiakini.com.

Kita tinggal dulu cerita politik dan kembali ke sripekan.
Pada 22 April saya dan suami telah ke Pekan dan Kuantan untuk menjemput keluarga ke majlis perkahwinan anak pada 31 mei dan 4 jun. kemudian pada 24 April telah menghadiri majlis Konvo Mohd Nazmee ,anak yang ke dua, di Politeknik ShahAlam
Mohd Nazmee Pazlan
Pada 25 April kami telah berkesempatan melawat Pesta buku di PWTC
Teruja bergambar dengan pengarang buku Andai Itu Takdirnya
Dengan Intan arnida
the novel was dedicated to my twins.....
Berehat seketika satelah penat memusing.....
Bersama Anis Ayuni
Inilah pengarang yang telah membuat saya jatuh cinta dengan novel melayu...
kalau dulu novel melayu tak mainlah....
Bakal menantu pun ambil kesempatan bergambar....
another fav author Lynn Dayana

baru senyum Ct Nadia dapat buku yang dicari

kami balik ke sripekan melalui Simpang Pulai Ipoh kemudian masuk Cameron Highland

Alang bergambar ditengah2 purple salad






































































No comments: