Monday, July 21, 2008

Distraction

Minggu lepas kebanyakan akhbar dan blog membawa cerita cerita DSAI yang ditahan dan dibebaskan keesokan harinya, juga cerita RPK yang ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Minggu ini pula dimulakan dengan pendedahan Pak Lah yang wakil Umno dan Pas telah tiga kali bermuzakarah pasal Islam dan melayu. setiap kali tersepit Umno akan mengajak Pas bermuzakarah tapi masa menang besar tidak perlu bermuzakarah dengan Pas.

Ustaz Nasharudin, kalau kami tahu anda ingin membawa Pas kedalam BN, nescaya kami tak akan memberikan kerusi Parlimen Bachok kepada anda.

Kami di Kelantan berdiri teguh bersama Tok Guru.

DSAI dan RPK akan disambung ceritanya pada bulan Ogos nanti, kini perhatian lebih kepada muzakarah Pas/Umno sehingga menenggelamkan berita kenaikan harga minyak dan kesempitan hidup rakyat.

Supaya rakyat tidak membicarakan kenaikan harga minyak,harga beras,kenaikan tambang pengangkutan awam kita dihidangkan dengan sandiwara yang melaga- lagakan Pakatan Rakyat.

1 comment:

hafiz said...

Alhamdulillah... mujurlah orang tua penoh hikmah lagi karomah yaitu Tok Guru Nik Aziz menyelamatkan keadaan.... pada masa yang sama, UMNO terus-terus aja menebar propaganda, dengan sifat keMELAYUAN yang tinggi iaitu dengki mendengki...supaya biar orang kampung tertipu... mujurlah dikampung2 dah ada internet....