Monday, November 12, 2007

time 2 change

i salute all of you who walked to the palace on sat 10.11
pictures speak better than word,see for yourself:
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1340101&back=http://minaq-jinggo.fotopages.com/?page=0

Monday, November 5, 2007

Sindiket janji laba RM10,000 sehari

Oleh Mary Victoria Dass maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Sebuah sindiket yang mendakwa kononnya mempunyai rangkaian perniagaan bersama lebih 10 bank tempatan dan antarabangsa semakin berani menawarkan pelaburan secara bebas kepada orang ramai dengan menjanjikan ‘gaji hari-hari’ mencecah RM1,000 hingga RM10,000, sejak kebelakangan ini.
Sindiket yang beroperasi di sebuah pejabat di Petaling Jaya, Selangor itu cuba meraih keyakinan pelbagai lapisan penduduk termasuk warga bandar raya ini dengan mendakwa sistem pelaburan yang ditawarkan itu sudah memperoleh kelulusan kerajaan dan mendapat sokongan bank tempatan.
Pelaburan ditawarkan sindiket itu difahamkan menerima sambutan ramai kerana mereka bukan saja melakukan promosi menerusi risalah diedarkan, malah ejen dilantik di seluruh negara giat memperkenalkan sistem pelaburan itu yang dikatakan mudah dan lebih terjamin.

Seorang penduduk di Damansara Aliff, Adib Abu Bakar, 45, berkata risalah mengenai peluang perniagaan ditawarkan sindiket berkenaan kini diedarkan secara berleluasa bukan saja ke premis perniagaan, malah ke kawasan kediaman di sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata, maklumat di risalah berbentuk wang kertas RM100 mampu mengelirukan orang ramai apabila mendakwa perniagaan yang dijalankan itu sudah memperoleh kelulusan kerajaan Malaysia selain disokong bank terkemuka tempatan.

Menurutnya, bagi menarik perhatian ramai, sindiket berkenaan memujuk orang ramai dengan alasan pembabitan dalam perniagaan itu memudahkan seseorang individu mencapai impian masing-masing termasuk melangsaikan hutang, membantu keluarga, berkahwin, menambah simpanan selain bagi menjalani kehidupan lebih selesa.“Saya terkejut apabila melihat risalah berbentuk wang kertas RM100 yang diedarkan ke kedai kami, semalam.“Tidak dinafikan risalah itu mampu mempengaruhi seseorang apabila tertarik dengan tawaran pendapatan lumayan harian mahupun bulanan mencecah ribuan sehingga ratusan ribu ringgit,” katanya.

Adib berkata, dia yang tertarik dengan tawaran itu menghubungi nombor telefon bimbit di risalah berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.Beliau berkata, seorang lelaki yang menjawab panggilannya mendakwa sebagai ejen syarikat berkenaan sebelum meminta beberapa butirannya termasuk nama, tempat tinggal dan nombor telefon.Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa syarikatnya menawarkan peluang pelaburan yang membolehkan seseorang menjana pendapatan harian lumayan atau ‘gaji hari-hari’ mencecah RM1,000 sehingga RM10,000.

Katanya, lelaki itu mendakwa syarikatnya yang menawarkan sistem pelaburan sejak lebih lima tahun lalu dengan kerjasama bank tempatan dan antarabangsa kini terbuka kepada semua golongan sama ada profesional mahupun tidak.“Tambahan pula, ejen itu mendakwa pelaburan minimum yang boleh dilakukan RM500 dan ia tidak bermakna pulangan seseorang itu bergantung kepada pelaburan berkenaan, sebaliknya boleh menambah pendapatan dengan mengumpul lebih ramai pelabur di kalangan kenalan masing-masing.“Sekiranya seseorang itu mengumpul lebih ramai ‘downline’, bermakna dia boleh memperoleh lebih banyak pendapatan apabila ditawarkan komisyen 10 peratus daripada pelaburan dilakukan itu. “Saya menghubungi Bank Negara bagi mendapatkan maklumat mengenai pelaburan ditawarkan itu dan terkejut apabila dimaklumkan sistem pelaburan seumpama itu tidak digalakkan dan kemungkinan besar mempunyai unsur penipuan,” katanya.


note: tiada jalan pintas untuk berjaya,berusahalah mendapatkan rezeki yang halal.

Tazkirah

Tazkirah hari ini

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
Berubahmenjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya".