Salam Aidil Adha dari sripekan untuk semua.
Aidil adha atau hari raya korban tahun ini disambut pada 6 nov 2011. Aidil adha kami dimulai dgn sembahyang raya di Masjid ar Rahman, Taman Sri Gedombak.
Mohd Naqeeb Aryan turut serta bersembahyang raya...belum habis kutbah raya dah mulai bising...
syukur alhamdulillah...kecil2 dah dibiasakan dgn masjid.semuga menjadi anak yang soleh...insyaAllah...
selepas sembahyang raya kami ke tempat korban,saya membeli satu bahagian dari tujuh bahagian untuk ibadah korban.