Friday, July 31, 2009

Hari Perladangan,Penternak dan Nelayan

Last sunday me and my other half went to Padang Perdana to see the champs of diff categories of livestock.




this is Bob,he won 1st for his category




very nice name...Verry....Farrel bred






Food for the livestock...


I thought burung layang2 ang burung walit is the same...well same species but diff output product
my other half is planning to built rumah burung walit.....

loud speaker to attract the birds...


this is at the stadium....

buah kabong....
buah kandis...buat apa ye...
another product that i dont know...
So long i've not eaten popia @ stadium,also ABC pulut tapai....
popia...

Tuesday, July 28, 2009

'Melepas Ibrahim Ali tersepit'

Oleh Zukri Aksah dari the Malaysian Insider

BERA, Julai 27 — "Ibarat membebaskan Ibrahim Ali tersepit". Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini.

Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran mansuhkan ISA Ogos 1 ini. Ibrahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa."

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada Ogos 1, 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur.

Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut.

Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.

Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.

Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.

Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti.

Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.

Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.

Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?

Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.”

Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit."


Sripekan kata...sudah2lah...Ibrahim Ali dah tak relevan lagi....

Thursday, July 23, 2009

Comelnya anak ayam...

BERKELIARAN


Beberapa pekerja mengutip sebahagian daripada 4,000 ekor anak ayam yang dilepaskan oleh penternak ayam daging di hadapan pejabat Jabatan Veterinar Johor di Nusajaya, semalam.

SEBANYAK 100 penternak ayam daging Johor membuat bantahan dengan cara melepaskan 4,000 ekor anak ayam di hadapan pejabat Jabatan Veterinar negeri di Kota Iskandar, Nusajaya, semalam.

Mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati terhadap masalah pembahagian insentif bantuan kegawatan ekonomi yang didakwa tidak telus.

Anak-anak ayam yang dilepaskan itu berkeliaran di sekitar pejabat veterinar tersebut sehingga menimbulkan gangguan serta suasana kecoh di kalangan kakitangan jabatan tersebut.


sripekan : comelnya anak ayam,kalau kat pasir puteh dah tentu sripekan kutip bawa balik....

Monday, July 13, 2009

Selamat mengundi

Selamat mengundi semua penduduk MU...

Rezeki melimpah ruah di MU...

Manek Urai jadi kota agropolitan

KUALA KRAI 12 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan untuk melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, seiring dengan perancangan memajukan pertanian secara komersial itu, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh Barisan Nasional (BN) termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.

Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini.

“BN berjanji hari ini dengan disaksikan oleh semua bahawa menang sahaja BN, kita akan terus memulakan kerja-kerja pembinaan baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama di sini hari ini.

Jambatan satu lorong sepanjang kira-kira 200 meter itu yang dibina pada akhir 80-an merupakan satu-satunya penghubung antara kedua-dua Manek Urai itu dan menjadi nadi utama kepada lebih 3,000 penduduk Manek Urai Lama.

Ia sebahagian daripada janji dalam kempen pilihan raya - Rakyat Didahulukan, Manek Urai diutamakan, malah Muhyiddin sebelum ini menegaskan Manek Urai akan diberi perhatian sebagai anak emas Kerajaan Pusat.

Terdahulu semasa merasmikan Hari Guru peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, Muhyiddin berkata, Manek Urai akan muncul sebagai kawasan pembangunan baru di Kelantan jika BN diberi peluang memenangi pilihan raya kecil itu.

Tawaran kerajaan BN itu dijangka mampu mengubah bukan saja pembangunan di kawasan itu malah ekonomi dan sosial penduduk yang majoritinya bekerja sebagai penoreh getah.

Tambah Muhyiddin, kota agropolitan bertujuan untuk memaksimumkan sektor pertanian di Manek Urai yang jauh ketinggalan berbanding kawasan lain.

“Kalau BN menang kita akan jadikan Manek Urai anak emas, memang benar antaranya kota agropolitan kerana kawasan ini mewah dengan hasil pertanian, semuanya ada...durian, rambutan dan manggis baik-baik belaka.

“Tetapi sayangnya tiada usaha tersusun dan sistematik bagi menguruskannya, kita mahu pastikan sektor pertanian adalah perniagaan,” katanya.

Tegas Muhyiddin, pembangunan tidak akan turun dari langit hanya sekadar berdoa tanpa berusaha gigih untuk melaksanakannya.

Katanya, isu pembangunan langsung tidak menyalahi Islam kerana ajaran agama sendiri menuntut supaya umat Islam di samping mengejar kepentingan akhirat tetapi pada masa sama tidak boleh melupakan kebajikan dunia.

“Nik Aziz seorang pemimpin yang cakap tidak serupa bikin, dia kata membangun bersama Islam tetapi hakikatnya dia langsung tidak membangunkan negeri hampir 20 tahun memerintah.

“Doa sahaja Allah tidak akan menjadikan masjid atau jambatan. Sepanjang masa ini BN membina 564 buah masjid, tidak termasuk jalan raya atau bangunan lain. Sekarang saya nak tanya, siapa yang membangun bersama Islam, Pas atau BN?,” katanya

Sripekan kata.....

Murah rezeki penduduk MU....anak sekolah dapat beg,basikal,peralatan sekolah.Rezeki jangan ditolak,bukan penduduk yang minta ...Menteri pelajaran datang, menteri kesihatan datang,menteri keperasi datang,menteri pelancongan datang....seronak penduduk MU,dulu tak kenal menteri sekarang menteri datang dok atas tikar kat rumah....

Rezeki penjual lemang bertambah murah,kalau dulu jual 50batang sehari,kini 200 batang pun tak cukup .

Ini lah yang dikatakan ,wakil rakyat yang paling berjasa ialahh wakil rakyat yang mati dalam perkhidmatan....kalau Pok Su Wil tak meninggal tak merasa penduduk MU nak dapat jalan segera, jumpa menteri...tiap2 hari ada jamuan pagi, tgh,ptg,malam....

Alfatihah untuk arwah Pok Su Wil.



Thursday, July 2, 2009

Majlis Sambutan di Sripekan

Majlis menyambut menantu di SRIPEKAN
Pada 4 Jun 2009

menjemput pengantin perempuan yang tiba....



silat selamat datang....

mendoakan kesejahteraan mempelai....

majlis makan beradab.....

Kami di sripekan mengucapkan selamat pengantin baru kepada Abang Long n Nurni Fazleen.
Welcome to SRIPEKAN.