Thursday, May 7, 2009

One after another...

Tahun ini bolih diibaratkan sebagai tahun kehilangan. Selepas mak mertua angkat, anak saudara dan terkini seorang sahabat baik telah kembali kerahmatullah. Al fatihah.

Kenangan semasa di Kuantan dan semasa saya bertugas di Kota Bharu akan senantiasa menjadi ingatan.


Subject: FW: KEMBALI KE RAHMATULLAH PUAN WAN ROSLIAH BINTI WAN RAMLY

Asalamualaikum wbrkth.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan, bahawa seorang anggota Switching TM Kelantan, Penyelia Teknik, PUAN WAN ROSLIAH BINTI WAN RAMLY, KP: 591108-03-5166 ( 49 TAHUN) gambar disertakan, telah pulang kerahmatullah dengan tenangnya pada 28 April 2009 yang lalu @ jam 11.30 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan kerana sakit Hepatitis.

Pemergian arwah yang tidak akan kembali lagi ini adalah merupakan kehilangan besar kepada TM yang mana arwah adalah merupakan saorang anggota TM yang berdidikasi tinggi dan memiliki keperibadian diri yang murni. Semoga didoakan rohnya ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh para Aulia dan para nabi.

Sebagai tanda kasih dan simpati kita kepada arwah marilah sama sama kita mendoakan agar waris yang ditinggalkannya beroleh kesabaran dan ketabahan menempuhi ujian kematian ini, dan sudilah bersama kita membacakan surah Al-Fatihah sebagai jariah bakti yang abadi khusus kepada roh arwah. AL-FATIHAH.

" Semuga DiriMu Bersemadi Aman Sehingga Hari Kebangkitan Yang Dijanjikan"