Monday, December 24, 2012

HUSM Kubang Kerian

 
 Percutian ke selatan telah di pendekkan kerana tuan sripekan kurang sihat.Perancangannya kami ,saya dan tiga anak perempuan memandu ke Kuala Lumpur dan tuan sripekan akan menyertai kami kemudiannya  untuk kemajlis pertunangan anak saudara di Melaka dan seterusnya bercuti bersama2 di selatan tanah air. Kita hanya merancang..tapi Allah yang menentukan segalanya.
Ingatkan demam biasa aje...makan panadol ok lah. Tapi selepas dua minggu ,dan selepas dua kali ke Hospital Tg Anis Pasir Puteh, demam masih juga belum pulih,kami ke klinik Dr Hadi untuk 'second opinion'. Dr Hadi menyarankan ke HUSM  untuk pemeriksaan lebih menyeluroh.
 Seharian di bilik kecemasan...suspected 'Liver Absess'..
 rawatannya antibiotic sekurang kurangnya 2 minggu...
masih lg demam....
  setiap hari makan colek pauh...
 pemandangan matahari terbit dr tkt 7 HUSM
 
10 hari ...berat badan dah turn 10 kilo...
 
 
 

Alhamdulillah..selepas dua minggu di HUSM, kesihatan bertambah baik. Dan kini telah kembali ke sripekan. Selera makan pun telah datang kembali. Syukur ya Allah...semoga ujian ini membuat kami lebih tabah dan lebih menghargai kehidupan ini.Amin ya rabbal alaminnn....

No comments: