Sunday, June 21, 2009

Nazrul n Nurni

28 Mei 2009
Masjid Besar Pasir Puteh
Kelantan

Aku terima......

Syukur Alhamdulillah...

Amin....

Membatal air sembahyang..

Menyerahkan mas kahwin...

Termenterailah janji....

Kami di sripekan mendoakan Abang Long berbahgia dan berkekalan sehingga keakhir hayat...dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahayamata2 yang soleh...amin.

Happy Birthday sayang....

Picture Captions
[Caption.iT - Face in Hole]

Happy father's day

Picture Captions
[Caption.iT - Face in Hole]

Friday, June 19, 2009

Saya masih disini.....


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama saya tidak mencoretkan perkembangan di sripekan . Kehilangan dalam keluarga diikuti dengan kenduri arwah setiap jumaat, diikuti pula dengan persiapan perkahwinan anak sulong menjadikan waktu begitu cepat berlalu sehinggakan tidak sempat hendak mengadap komputer. Adalah juga sesekali tu melawat laman2 yang hot saperti Husin Lempayung dan lain2 untuk mengetahui perkembangan politik semasa.

Berita yang sedang terhangat di Kelantan hari ini adalah kisah Kerajaan Perpaduan. Bagi sripekan kalau tak dengar cakap Tok guru nak dengar cakap siapa lagi?....Nasharudin Mat Isa tu bolih jadi ahli Parlimen atas ehsan Tok Guru..kini banyak cakap pulak. Saya paling suka tajuk ini.... Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar Pas dari Malaysiakini.com.

Kita tinggal dulu cerita politik dan kembali ke sripekan.
Pada 22 April saya dan suami telah ke Pekan dan Kuantan untuk menjemput keluarga ke majlis perkahwinan anak pada 31 mei dan 4 jun. kemudian pada 24 April telah menghadiri majlis Konvo Mohd Nazmee ,anak yang ke dua, di Politeknik ShahAlam
Mohd Nazmee Pazlan
Pada 25 April kami telah berkesempatan melawat Pesta buku di PWTC
Teruja bergambar dengan pengarang buku Andai Itu Takdirnya
Dengan Intan arnida
the novel was dedicated to my twins.....
Berehat seketika satelah penat memusing.....
Bersama Anis Ayuni
Inilah pengarang yang telah membuat saya jatuh cinta dengan novel melayu...
kalau dulu novel melayu tak mainlah....
Bakal menantu pun ambil kesempatan bergambar....
another fav author Lynn Dayana

baru senyum Ct Nadia dapat buku yang dicari

kami balik ke sripekan melalui Simpang Pulai Ipoh kemudian masuk Cameron Highland

Alang bergambar ditengah2 purple salad






































































Thursday, May 7, 2009

One after another...

Tahun ini bolih diibaratkan sebagai tahun kehilangan. Selepas mak mertua angkat, anak saudara dan terkini seorang sahabat baik telah kembali kerahmatullah. Al fatihah.

Kenangan semasa di Kuantan dan semasa saya bertugas di Kota Bharu akan senantiasa menjadi ingatan.


Subject: FW: KEMBALI KE RAHMATULLAH PUAN WAN ROSLIAH BINTI WAN RAMLY

Asalamualaikum wbrkth.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan, bahawa seorang anggota Switching TM Kelantan, Penyelia Teknik, PUAN WAN ROSLIAH BINTI WAN RAMLY, KP: 591108-03-5166 ( 49 TAHUN) gambar disertakan, telah pulang kerahmatullah dengan tenangnya pada 28 April 2009 yang lalu @ jam 11.30 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, Kelantan kerana sakit Hepatitis.

Pemergian arwah yang tidak akan kembali lagi ini adalah merupakan kehilangan besar kepada TM yang mana arwah adalah merupakan saorang anggota TM yang berdidikasi tinggi dan memiliki keperibadian diri yang murni. Semoga didoakan rohnya ditempatkan oleh Allah SWT bersama roh para Aulia dan para nabi.

Sebagai tanda kasih dan simpati kita kepada arwah marilah sama sama kita mendoakan agar waris yang ditinggalkannya beroleh kesabaran dan ketabahan menempuhi ujian kematian ini, dan sudilah bersama kita membacakan surah Al-Fatihah sebagai jariah bakti yang abadi khusus kepada roh arwah. AL-FATIHAH.

" Semuga DiriMu Bersemadi Aman Sehingga Hari Kebangkitan Yang Dijanjikan"


Saturday, April 18, 2009

Dalam kenangan...

Al-Fatihah. Pada 24hb March,ibu mentua angkat yang juga ibu saudara suami telah pulang kerahmatullah. Hajjah Khatijah bt Saad berusia 89 tahun. Allahyarhamah meninggalkan seorang anak perempuan,Hajjah Nafisah, seorang anak angkat, Haji Pasuzi,menantu ,Suhaimi Harun dan dua orang cucu, Mohd Faisal dan Mohd Farid.

Papa(Hj Pasuzi) n Mok

Hj Pasuzi n his girls n mok

Pada 3hb April 2009, keluarga kami dikejutkan pula dengan kematian anak saudara kami ia itu Mohd Asmady bin Zakaria. Allahyarham Asmady berusia 31 tahun bertugas sebagai pensyarah di unit ICT Universiti Islam Antarabangsa di PJ .

Arwah Asmady dan isteri semasa tahlil dirumah Wok Jah.

Pada 24 March ,Mohd Asmady telah pulang menziarahi kematian nenek saudaranya ia itu Hajjah Khatijah.Itulah pertemuan kami yang terakhir.

In my early day in kelantan with Asmady

Arwah Asmady n friend

Didoakan semoga Allah mencucuri rahmatnya keatas Allahyarhamah Wok Jah dan Allahyarham Asmady.Amin.

Tuesday, March 31, 2009